Noor Hafiza Bt Md Isa
Perpustakaan Desa Kg Morib,
Balairaya Kg Morib
42700 Banting
Selangor
03 3198 1124
Pembantu Perpustakaan
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Desa Kg Morib menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
- Pinjaman
- Pemulangan
- Rujukan
- Bahan Bacaan Ringan seperti Majalah, Novel, Buku Bacaan Kanak-Kanak
- Surat Khabar
- Permainan Dalaman ( Indoor Game )
- Kemudahan Komputer
- Kemudahan Internet
- Kemudahan Printing
- Kemudahan Scanner
- Kemudahan Laminating
- Suasana yang selesa ( Aircond & Kipas, Perabot yang selesa)
Pekhidmatan Lain ( PERCUMA ):
- Menyediakan khidmat bantu belajar komputer kepada pengguna yang tidak tahu menggunakan aplikasi komputer.
- Mengajar pelajar sekolah sekiranya mereka bertanya untuk menyiapkan kerja sekolah .
- Menyediakan perkhidmatan ‘ on call ‘ kepada pengguna untuk sebarang pertanyaan serta untuk melanjutkan tarikh pinjaman buku.
- Perkhidmatan Wireless Internet
- Perkhidmatan Photostat
PERATURAN PINJAMAN BUKU
- Peminjam Di Kehendaki Menjadi Ahli Perpustakaan Terlebih Dahulu
- Pengguna Dibenarkan Meminjam Tiga ( 3 ) Buah Buku Sahaja Selama Tiga( 3 ) Minggu.
- Sebarang Buku Atau Bahan Perpustakaan Tidak Dibenarkan Dibawa Keluar Dari Perpustakaan Sehingga Ia Direkodkan Oleh Petugas Perpustakaan.
- Membawa Keluar Buku Dan Bahan – Bahan Perpustakaan Tanpa Kebenaran Petugas Adalah Satu Kesalahan.
- Sebarang Bahan Rujukan Dari Perpustakaan Tidak Dibenarkan Pinjam Kecuali Mendapat Kebenaran Dari Petugas Perpustakaan.
PERATURAN PEMULANGAN BUKU
- Pengguna Hendaklah Memastikan Buku Yang Telah Dipinjam
- Dipulangkan Mengikut Masa Yang Ditetapkan
- Denda Akan Dikenakan Di Atas Kelewatan Pemulangan Buku.
PERATURAN PERPUSTAKAAN DESA
- Perpustakaan Tidak Akan Bertanggungjawap Di Atas Sebarang Kehilangan Harta Benda Persendirian.
- Pengguna Hendaklah Memakai Pakaian Yang Bersesuaian Ketika Hendak Ke Perpustakaan.
- Pengguna Hendaklah Menunjukkan Semua Buku Serta Bahan Yang Dibawa Kepada Petugas Sewaktu Masuk Dan Keluar Dari Perpustakaan.
- Sebarang Perubahan Peraturan Perpustakaan Desa Adalah Tertakluk Pada Pekeliling Dari Ibu Pejabat.
PERINGATAN
- Mencuri Atau Merosakkan Bahan - Bahan Perpustakaan Adalah Menjadi Satu Kesalahan Besar.
- Pengguna Yang Di Dapat Mencuri Atau Merosakkan Bahan – Bahan Perpustakaan Akan Di Gantung Keahlian Atau Tidak Dibenarkan Menggunakan Sebarang Kemudahan Perpustakaan.
KOLEKSI GAMBAR PERPUSTAKAAN
0 comments:
Post a Comment