Tuesday, February 17, 2009

Sejarah Morib

Sejarah Kampung Morib

Nama Kampung Morib ini sebenarnya tidak diketahui asal usulnya. Jika mengikut cerita Sejarah Melayu dalam buku yang bernama Canai Bacaan tulisan Jawi telah menceritakan nama Morib telah wujud sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu Morib dikenali sebagai Kuala Morib.

Pada masa itu juga dikatakan orang - orang dari Melaka yang hendak ke Jugra tidak payah membawa api lagi. Kadang kala dalam masa pelayaran menuju ke Morib mereka singgah di Kuala Morib ( Morib ).

Kampung Tali Ayer dahulunya sangat terkenal dengan nama Kampung Tanjung Pecah. Mengikut cerita dari seorang tua yang berasal dari kampung ini, suatu masa dahulu aliran sungai Tali Ayer di kampung ini menghala ke hujung tanjung yang berpecah dua.

Kampung Morib terletak di bawah Daerah Kuala Langat. Terdapat dua orang ketua kampung di Morib dan Tali Ayer iaitu peringkat Persekutuan dan Negeri. Ketua Kampung Morib dan Tali Ayer ialah En. Mohmad Hamdani B. Mohmad Sirat ( Negeri ) dan En. Abdul Muid B. Mohd Yusof (Persekutuan ). Penghulunya pula ialah En. Mohd Sharif B. Ahmad. Tugas kedua - dua ketua kampung ini adalah sama iaitu menjaga keamanan serta kebajikan penduduk kampung. Penduduk kampung ini juga terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan ada segelintir daripadanya warga asing.

Di Morib juga terdapat beberapa buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan serta Sekolah Tadika. Antara sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Morib, Sekolah Kebangsaan ( Jenis ) Tamil, Sekolah Kebangsaan ( Jenis ) Cina, Sekolah Rendah Agama Morib dan Sekolah Tadika Kemas.

Selain daripada itu Morib juga terkenal sebagai pusat pelancongan kerana terdapat Pantai yang mana selalu menjadi kunjungan pelancong ataupun penduduk setempat. Ia juga tersenarai sebagai salah satu destinasi perlancongan bagi kempen Cuti - Cuti Malaysia. Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di Pantai Morib iaitu Masjid, Hotel, gerai makanan, taman permainan kanak - kanak serta pelbagai kemudahan awam yang lain.


Apa Yang Ada Di Morib ??

Ini Merupakan Salah Satu Tempat Penginapan Yang Terdapat Di Morib


Ini Merupakan Batu Yang Menceritakan Sejarah Morib

Peta Yang Menunjukkan Kawasan Daerah Kuala Langat